DIA...Tuhan yang Satu
Aku akan menyembah dan menyayangiMu hingga ke akhir hayatku..
SUAMI...Teman dan sahabatku yang sejati
Aku akan mencintaimu setulus hati dan menyayangi mu dalam semua keadaan sehingga ke hujung nyawa
ANAK..Penyeri dan buah cinta daddy dan mummy
Aku akan menjaga, mendidik dan menyayangimu agar menjadi insan yang baik hati, rendah diri dan menyayangi DIA yang satu
IBU DAN BAPA....Insan-insan yang tak akan dilupakan, telah pernah mendidik aku menjadi Insan yang seperti aku kini..
Aku akan sentiasa mengenang budi dan jasa, dan menyayangi serta akan mendoakan Kedua insan ini selagi hayat dikandung badan
IBU BAPA MERTUA..Insan-insan kedua dalam hidup ini dan menjadi pendampingku di alam dewasa ini dalam susah dan senang
Aku akan sentiasa mencintai dan menyayangi kedua insan ini seperti aku menyayangi ibu bapa kandungku sendiri dan juga akan mendoakan kedua insan ini selagi hayat di kandung badan
KELUARGA...Satu perkataan yang menjadi pengikat kasih sayang insan di dunia
Aku akan sentiasa menyayangi insan-insan dalam ikatan satu keluarga (abang, adik, kakak dll) sepenuh hati ini dan mendoakan agar setiap insan dalam ikatan satu keluarga beroleh kebahagiaan masing2
KAWAN...Perkataan yang sangat susah utk ditafsirkan
Aku akan sentiasa mengenang dan menyayangi kawan yang tulus utk menjadi kawan.
Tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia. Sekiranya ada ia hanya kebetulan semata-mata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KITA, AKU DAN KAMU
Kita..aku dan kamu selalu lupa bahwa hidup hanya sekali... Sentiasa berjalan dengan megah dan bangga di alam dunia yang dipenuhi rasa ...
-
Kita..aku dan kamu selalu lupa bahwa hidup hanya sekali... Sentiasa berjalan dengan megah dan bangga di alam dunia yang dipenuhi rasa ...
-
Aku tetap di sisimu selalu Di dalam susah di dalam senang Aku tetap menyayangi dirimu Begitulah peganganku Biar apapun yang melanda Aku teta...
-
30 JANUARI...... DETIK YANG MENGEMBIRAKAN SEORANG AYAH DETIK YANG MENYELAMATKAN SEORAN IBU SETELAH PENUH AZAB MENGANDUNGKANNYA KINI LAH...
No comments:
Post a Comment