Wednesday, April 22, 2020

DETIK ITU...FASA 1

Detik itu...
Ketika aku tiada mengenal apa-apa..
Aku disayangi ditatang bagai minyak yang penuh
Kemahuanku dituruti, keinginanku dipenuhi
Aku dijaga oleh kedua orang tuaku
Aku dikelilingi adik-beradikku
Duniaku sangat indah

Detik itu...
Ketika aku mula mengenal dunia baru
Aku mula mengenali A-Z, 1,2,3,4 hingga sepuluh
Aku masih ditatang bagai minyak yang penuh
Kemahuan dan keinginanku tetap juga dituruti dan dipenuhi
Aku tetap dijaga rapi oleh kedua orang tuaku
Masih dikelilingi adik-beradikku
Duniaku sangat indah

Detik itu..
Ketika usiaku masih biru..
Aku telah remaja, aku insan biasa
Aku masih disayangi dan ditatang bagai minyak yang penuh
Aku teguh aku utuh aku adalah aku
Aku tidak mudah terpengaruh
Usiaku setahun jagung tapi mindaku matang
Duniaku sangat indah

Detik itu..
Ketika aku semakin dewasa
Aku tetap ditatang bagai minyak yang penuh
Aku sentiasa teguh, utuh dan aku adalah aku
Hati, minda dan jiwa semakin matang
Kehilangan ayahku membuat jiwaku sedikit rapuh
Hatiku dan mindaku tetap kuat dan utuh, sabar, redha dan meneruskan langkah
Duniaku sedikit kelabu

Detik itu...
Ketika aku mengenal erti rindu
Aku rindu ayahku, aku rindu dia dan kamu, aku keliru
Aku tetap teguh, utuh dan semakin matang
Langkahku tidak terhenti namun semakin bersemangat untuk terus maju
Hari-hariku lalui seadanya aku, aku insan biasa punya naluri, punya rasa, punya hati
Duniaku tetap indah....

Detik itu......(To be continue.....) fasa 2

Sunday, April 19, 2020

PERBEZAAN ISTILAH WABAK PANDEMIK, ENDEMIK DAN EPIDEMIK

Epidemik
Epidemik (B. Melayu) atau “epidemic” merupakan istilah yang merujuk kepada wabak yang menyerang sekumpulan manusia atau komuniti. Sekiranya dirujuk kamus dewan, epidemik membawa makna penyakit berjangkit yang mudah merebak di kalangan penduduk sesuatu kawasan pada waktu yang sama. Perkataan asalnya datangnya daripada perkataan Greek “epi” + “demos” dengan “epi” bermakna “kelompok tertentu” dan “demos” bererti “orang ramai, komuniti, kumpulan.”Contoh wabak epidemik di negara kita : serangan virus nipah yang menyerang komuniti di daerah Kinta, Perak pada tahun 1998.
Endemik 
Endemik pula merupakan istilah yang merujuk kepada penyakit atau wabak yang sentiasa wujud di sesuatu kawasan atau daerah tertentu, termasuklah dalam skop yang lebih besar seperti sebuah negara misalnya.Oleh kerana sifat wabak endemik sentiasa menjadi ancaman masyarakat tertentu, hanya wujud beberapa penyakit ketika ini yang dikategorikan sebagai kategori endemik.Wabak endemik paling popular adalah penyakit malaria yang sentiasa menyerang kawasan-kawasan di benua Afrika. Tiga negara dalam dunia yang merekodkan wabak endemik paling tinggi adalah Republik Congo, Madagascar dan juga Peru. Di Congo, mereka diancam penyakit demam kuning dan malaria, di Madagascar pula adalah wabak bubonik yang sangat berbahaya sementara Peru pula berdepan wabak demam kuning, malaria dan demam denggi.Endemik adalah wabak yang wujud dan terkawal
Pandemik  
Istilah pandemik atau “pandemic” merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar, tidak terhad kepada sesuatu komuniti atau daerah semata-mata, mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua atau mungkin juga seluruh dunia jika dibiarkan melarat. wabak paling digeruni. Sesebuah pandemik bermula daripada wabak peringkat epidemik yang merebak terlalu luas sehingga tidak terkawal.
Selain itu kita juga perlu memahami sekiranya sesuatu wabak itu berada pada peringkat endemik dan menyerang satu negara misalnya, tetapi berada dalam keadaan terkawal wabak itu tidak akan dikategorikan sebagai satu pandemik. Pandemik pula merebak pantas tanpa dapat dikawal.
Oleh kerana menyerang dalam skop yang luas, wabak pandemik yang berlaku merupakan ancaman berisiko tinggi serta kerap kali diperkatakan, ekoran kesannya yang mampu membunuh ramai orang dalam masa yang singkat.
Antara pandemik yang pernah berlaku adalah wabak Antonine, wabak Justine serta “The Black Death” yang dipercayai membunuh puluhan juta orang sekitar abad ke-14. Pada ketika ini, satu-satunya pandemik yang sedang berlaku adalah penyakit HIV/AIDS yang diramalkan mampu mengorbankan sehingga 100 juta orang pada tahun 2025 kelak.

Rujukan: Freemalaysiatoday

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

PKP....
Demimu aku rela...
Relaku berjauhan dengan insan kesayanganku
Relaku menahan keinginanku, hobiku dan minatku
Relaku melepaskan waktu indahku
Relaku menghadapi segala sesuatu yang bukan menjadi rutin hidupku

PKP....
Demimu aku setia...
Setiaku berjauhan dengan insan kesayanganku
Setiaku menahan keinginanku, hobiku dan minatku
Setiaku menunggu waktu indahku
Setiaku menghadapi segala sesuatu yang bukan menjadi rutin hidupku

PKP...
Demimu aku sabar..
Sabar menanti untuk bertemu dengan insan kesayanganku
Sabar menahan keinginanku, hobiku dan minatku
Sabar menunggu hadirnya waktu indahku
Sabar menghadapi segala sesuatu yang bukan menjadi rutin hidupku

PKP...
Demimu aku redha...
Redha jika aku terpaksa berjauhan dengan kesayanganku
Redha jika keinginanku, hobiku dan minatku terhenti
Redha dengan berlalunya hari-hari indahku
Redha menghadapi apa jua yang hadir yang bukan menjadi keinginanku

PKP..
Demimu aku akan...
Sentiasa berada di rumah
Sentiasa mengamalkan langkah-langkah kebersihan dan keselamatan
Sentiasa mematuhi arahan
Sentiasa berdoa semoga Covid-19 cepat berlalu
Sentiasa mengharapkan PKP dapat ditamatkan
Sentiasa mendoakan supaya tiada insan-insan degil yang melanggar PKP
Sentiasa berharap di dalam nama DIA tiada yang mustahil..AMIN

INFO RINGKAS PANDEMIK COVID-19

Pandemik COVID-19 juga dikenali sebagai pandemik koronavirus 2019–2020 ialah wabak penyakit koronavirus 2019 yang berterusan secara global berpunca daripada sindrom pernafasan akut teruk koronavirus 2 (SARS-CoV-2).

Wabak ini pada mulanya dikesan di pertengahan Disember 2019 di bandaraya WuhanHubei China.

Virus ini kebanyakannya menular antara seseorang dengan cara yang serupa dengan influenza, melalui titisan pernafasan daripada batuk atau bersin. 

 Gejala umum termasuk demam, batuk, dan sesak nafas. Komplikasi mungkin termasuk radang paru-paru dan sindrom kesukaran pernafasan akut. Pada masa ini tiada vaksin atau rawatan antiviral tertentu.

 Usaha terdiri daripada pengurangan simptom dan terapi sokongan. Langkah-langkah pencegahan yang disyorkan termasuk membasuh tangan, menutup mulut apabila batuk, mengekalkan jarak dari orang lain (terutamanya mereka yang tidak sihat), dan pemantauan dan pengasingan diri selama 14 hari untuk orang yang mengesyaki mereka dijangkiti.

Sumber:
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

KITA, AKU DAN KAMU

Kita..aku dan kamu selalu lupa bahwa hidup hanya sekali... Sentiasa berjalan dengan megah dan bangga di alam dunia yang dipenuhi rasa ...