Epidemik
Epidemik (B. Melayu) atau “epidemic” merupakan istilah yang merujuk kepada wabak yang menyerang sekumpulan manusia atau komuniti. Sekiranya dirujuk kamus dewan, epidemik membawa makna penyakit berjangkit yang mudah merebak di kalangan penduduk sesuatu kawasan pada waktu yang sama. Perkataan asalnya datangnya daripada perkataan Greek “epi” + “demos” dengan “epi” bermakna “kelompok tertentu” dan “demos” bererti “orang ramai, komuniti, kumpulan.”Contoh wabak epidemik di negara kita : serangan virus nipah yang menyerang komuniti di daerah Kinta, Perak pada tahun 1998.
Endemik
Endemik pula merupakan istilah yang merujuk kepada penyakit atau wabak yang sentiasa wujud di sesuatu kawasan atau daerah tertentu, termasuklah dalam skop yang lebih besar seperti sebuah negara misalnya.Oleh kerana sifat wabak endemik sentiasa menjadi ancaman masyarakat tertentu, hanya wujud beberapa penyakit ketika ini yang dikategorikan sebagai kategori endemik.Wabak endemik paling popular adalah penyakit malaria yang sentiasa menyerang kawasan-kawasan di benua Afrika. Tiga negara dalam dunia yang merekodkan wabak endemik paling tinggi adalah Republik Congo, Madagascar dan juga Peru. Di Congo, mereka diancam penyakit demam kuning dan malaria, di Madagascar pula adalah wabak bubonik yang sangat berbahaya sementara Peru pula berdepan wabak demam kuning, malaria dan demam denggi.Endemik adalah wabak yang wujud dan terkawal
Pandemik
Istilah pandemik atau “pandemic” merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar, tidak terhad kepada sesuatu komuniti atau daerah semata-mata, mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua atau mungkin juga seluruh dunia jika dibiarkan melarat. wabak paling digeruni. Sesebuah pandemik bermula daripada wabak peringkat epidemik yang merebak terlalu luas sehingga tidak terkawal.
Selain itu kita juga perlu memahami sekiranya sesuatu wabak itu berada pada peringkat endemik dan menyerang satu negara misalnya, tetapi berada dalam keadaan terkawal wabak itu tidak akan dikategorikan sebagai satu pandemik. Pandemik pula merebak pantas tanpa dapat dikawal.
Oleh kerana menyerang dalam skop yang luas, wabak pandemik yang berlaku merupakan ancaman berisiko tinggi serta kerap kali diperkatakan, ekoran kesannya yang mampu membunuh ramai orang dalam masa yang singkat.
Antara pandemik yang pernah berlaku adalah wabak Antonine, wabak Justine serta “The Black Death” yang dipercayai membunuh puluhan juta orang sekitar abad ke-14. Pada ketika ini, satu-satunya pandemik yang sedang berlaku adalah penyakit HIV/AIDS yang diramalkan mampu mengorbankan sehingga 100 juta orang pada tahun 2025 kelak.
No comments:
Post a Comment